fbpx

Warga emas maut ditikam 27 kali pada leher, badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis di lokasi kejadian seorang warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali dengan pisau di tempat letak kereta, sebuah apartment di Jalan Perak, malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas ditikam sebanyak 27 kali dengan menggunakan senjata pisau di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.18 petang itu, mangsa berusia 60-an dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian leher dan seluruh anggota badan.

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans.

PemangkuTimbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, mangsa yang merupakan peniaga makanan di Jalan Perak disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di hospital malam tadi.

”Hasil pemeriksaan, terdapat 27 tikaman pada leher dan seluruh badan mangsa. Motif kejadian masih dalam siasatan tetapi berdasarkan maklumat awal nampaknya mangsa bukan disamun namun dibunuh.

“Ini kerana, wang dan beberapa barangan milik mangsa masih berada pada badannya. Mangsa mempunyai beberapa rekod lampau dan tinggal di apartment tersebut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beritahu beliau, polis sedang memburu dua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut setelah meneliti rakaman televisyen kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lif dan bawah pondok pengawal apartment berkenaan.

“Semasa kejadian rakan suspek yang menunggang motosikal hanya berada di motosikal.

“Dia dipercayai bersiap sedia untuk melarikan diri jika terdapat pihak polis yang datang ketika rakannya menyerang mangsa,” katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI