fbpx

Ramai seronok duit RM100 dah masuk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa syukur dan gembira apabila sudah menerima RM100 menerusi penebusan e-kredit tunai eMadani pada pagi ini.

Tinjauan maklum balas orang ramai di Facebook Kosmo! Online mendapati, ada yang berhasrat membeli barangan rumah daripada e-kredit tunai RM100 tersebut selain menampung perbelanjaan keluarga.

“Alhamdulillah, syukur. RM100 tu besar nilainya bagi orang yang kurang berkemampuan. Boleh lah buat tambahan belanja untuk bulan ni,” kata Tahir Asyur.

“Dapat juga, ingat tunggu lima hari. Boleh pakai beli beras dan lauk basah,” komen Ment Eyna Crochet.

“Alhamdulillah orang susah macam saya amat menghargai. Boleh lah beli barang keperluan sikit demi kelangsungan hidup,” kata Saifol Nizam.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program itu serta boleh dituntut bermula pukul 8 pagi semalam.

Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI