fbpx

Rakyat masih belum merasakan keselesaan sepatutnya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa rakyat di negara ini masih belum merasakan keselesaan yang sepatutnya mereka nikmati.

Menurut Anwar, menjadi fokus utama Kerajaan Peprpaduan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan menyediakan pelbagai bantuan tunai untuk menampus kos perbelanjaan mereka.

“Rakyat masih belum merasakan keselesaan yang sepatutnya, itu yang kita cuba suntikkan melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah).

“Ini satu yang agak lain dan unik yang mula kita lakukan dan akan saya tingkatkan. Sebab apa? sebab ada penyasaran subsidi. Maknanya kadar elektrik, minyak jadi bagaimana kita boleh kurangkan beban rakyat.

“Bagi saya cabarannya ialah bagaimana jaminan bukan keselesaan kepada menteri dan pimpinan, tetapi keselesaan yang dirasakan oleh rakyat dan golongan pekerja, petani, nelayan dan pekebun,” katanya ketika sesi wawancara khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri, malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI