fbpx

Kandungan pencemar tinggi di premis kitar semula terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JAS Kedah hari ini mengambil sampel sisa buangan elektrik dan elektronik di premis kitar semula yang terbakar di Bukit Selambau, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mendapati kawasan premis kitar semula di Bukit Selambau di sini yang terbakar pada kelmarin masih mempunyai kandungan pencemar yang agak tinggi.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) adalah perlu untuk memasuki kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, katanya, kualiti udara ambien sekitar Bukit Selambau susulan kebakaran premis berkenaan secara keseluruhannya adalah terkawal.

“Hujan yang berlaku beberapa kali selepas kejadian juga membantu membersihkan udara yang tercemar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JAS negeri memasang dua alat pengukur kualiti udara iaitu Meter Cerex yang dapat mengesan dan mengukur kira-kira 350 gas pencemar dan meter Grimm untuk mengukur habuk PM10 dan PM2.5.

Sementara itu, katanya, pihaknya pada hari ini meneruskan siasatan di sebahagian tapak yang telah terbakar selepas mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sampel-sampel buangan termasuk sampel sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) telah dihantar ke Jabatan Kimia Negeri Kedah untuk analisis.

“Kita juga membuat penerbangan dron bagi merakamkan keseluruhan visual kawasan tersebut dan mengesan sekiranya terdapat pencemaran yang berasal dari kawasan terlibat atau punca-punca pencemaran lain berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI