fbpx

Skuad Kilat MBJB terima RM2 juta perkasa usaha tangani banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Noorazam Osman

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah memperuntukkan tambahan RM2 juta kepada unit Skuad Kilat dalam usaha memastikan bandar raya ini bebas daripada kejadian banjir.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan inventori unit berkenaan melibatkan pembelian kenderaan dan peralatan.

Menurut beliau, sejak unit itu ditubuhkan, ia telah berfungsi dengan efektif dalam mengawal insiden banjir kilat khususnya di kawasan pusat bandar raya.

“MBJB sentiasa bersiap sedia berdepan kemungkinan banjir kilat, lebih lagi apabila berdepan musim monsun. Namun Skuad Kilat kita sentiasa bergerak untuk memantau lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti, khususnya bagi memastikan tiada halangan di kawasan longkang dan parit.

“Sehubungan itu, kita telah memperuntuk tambahan RM2 juta kepada unit berkenaan sebagai komitmen mengatasi banjir,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB, di sini hari ini.

Mohd. Noorazam bagaimanapun memberitahu, antara punca utama berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini adalah disebabkan longkang tersumbat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI