fbpx

Konflik Palestin-Israel: Tiada lagi tempat selamat di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Bandar Gaza berpindah dengan berjalan kaki ke kawasan selatan pada 18 November lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Penduduk Semenanjung Gaza menyifatkan serangan udara yang dilakukan oleh askar Rejim Zionis ketika ini sebagai yang paling teruk sejak permulaan pencerobohan ke atas wilayah tersebut pada 7 Oktober lalu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Selain penduduk di utara, mereka yang berada di rantau timur wilayah itu turut dipaksa berpindah ke bahagian selatan iaitu Rafah, yang terletak bersempadan dengan Mesir.

Seramai dua juta orang iaitu hampir keseluruhan populasi Gaza memenuhi selatan semananjung itu selepas diarahakn Rejim Zionis berpindah ke kawasan yang didakwa sebagai zon selamat.

Namun realitinya, tiada kawasan selamat di Gaza kerana askar Zionis melancarkan serangan udara dan darat di serata lokasi termasuk sebahagian Rafah.

“Ia adalah satu daripada malam paling buruk yang pernah kami alami sepanjang berada di Khan Yunis dalam tempoh enam minggu lalu. 

“Kami bimbang mereka (askar Israel) memasuki Khan Yunis,” kata ibu kepada empat anak, Samira.

Dengan ketiadaan pilihan sama ada untuk pergi ke utara atau memasuki Mesir melalui Rafah, satu-satunya jalan adalah bergerak ke kawasan seluas 220 kilometer persegi di selatan ketika serangan udara diperhebatkan.

Rejim Zionis sebelum ini menggugurkan notis pemindahan di seluruh Semenanjung Gaza sebelum gencatan senjata ditamatkan dengan mengarahkan penduduk mencari perlindungan, namun tidak menyediakan sebarang usaha pemindahan.

“Tiada tempat selamat untuk dituju. Mereka (Israel) mengusir kami dari utara dan memaksa kami bergerak ke selatan,” kata seorang penduduk, Emad Hajar.

Emad bersama isteri dan tiga anaknya yang masih kecil berpindah dari bandar di utara, Beit Lahia ke Khan Yunis bulan lalu bagi mencari perlindungan.

Sebuah pertubuhan kemanusiaan, Mercy Corps berkata, pihaknya menyaksikan kesan-kesan daripada tindakan Zionis yang memaksa pemindahan penduduk dengan bahagian selatan menjadi amat sesak.

“Kira-kira 80 peratus populasi (Gaza) telah berpindah. 

“Ada antara ahli kami yang bergerak ke selatan memberitahu bahawa mereka menyaksikan semakin banyak mayat bergelimpangan di sepanjang ‘laluan selamat’ selain kesan darah dilihat di serata tempat serta bau yang menusuk hidung,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mercy Corps, Tjada D’Oyen McKenna.

Askar Israel meneruskan kempen pengeboman ke atas Semenanjung Gaza semalam di tengah-tengah desakan meningkat masyarakat antarabangsa yang menggesa agar orang awam diberi perlindungan.

Menurut Rejim Zionis, ia melancarkan lebih 400 serangan ke atas Gaza sejak gencatan senjata ditamatkan Jumaat lalu, manakala pejuang Hamas membalas serangan roket terhadap beberapa bandar di Israel termasuk Tel Aviv.

Beberapa serangan udara askar Israel disasarkan kepada kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza lewat kelmarin serta membunuh sekurang-kurangnya 13 orang, lapor agensi berita Palestin, WAFA.

Ketua doktor Hospital Al-Ahli Arab di Bandar Gaza, Fadel Naim berkata, milik mayat kemudahan itu menerima lebih 30 mayat kelmarin termasuk tujuh kanak-kanak. – AFP/AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI