fbpx

Jangan tertipu dakwaan alkohol baik untuk jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Onn menasihati rakyat Malaysia yang mengambil alkohol supaya tidak terperdaya dengan promosi kononnya minuman keras itu baik untuk kesihatan.

PETALING JAYA – Seorang pakar jantung menasihati rakyat Malaysia yang mengambil minuman keras supaya tidak terpengaruh dengan ayat promosi yang mengatakan pengambilan sedikit alkohol baik untuk jantung.

Pakar jantung, Dr. Onn Akbar Ali berkata, kenyataan itu sebenarnya salah sama sekali, malah sebenarnya setiap titis alkohol tersebut boleh membinasakan tubuh badan peminum.

“Untuk rakyat-rakyat yang bukan islam, aku minta jangan dengar cakap mat saleh kononnya, sedikit alkohol adalah okay, menyihatkan badan. Sedikit wain merah baik untuk jantung.

“Pernah dengan tak orang Perancis bila dia orang nak promosi wain merah bagus untuk jantung? Sekarang ni kajian dah menunjukkan, tak ada jumlah alkohol yang baik untuk jantung anda.

“Bahkan, setiap titis alkohol itu merosakkan badan anda,” tegasnya menerusi video yang dimuat naik pada Instagram.

Dr. Onn berkata, sebelum ini, turut dipromosikan ialah pengambilan sedikit alkohol yang dibolehkan untuk ibu mengandung.

“Zaman dulu-dulu bila mat saleh belum cerdik lagi, dia kata sedikit alkohol adalah okay sewaktu mengandung. Cuma jangan minum terlalu banyak.

“Masa ni dah kata dah, langsung tak boleh minum. Akhirnya kita juga betul dan dia orang salah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI