fbpx

Eropah diramal alami kemarau ekstrem lebih cepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Ebro di Villafria, Sepanyol kering sehingga paras 32.72 peratus daripada kapasitinya akibat kemarau pada 8 Ogos lalu. - AFP

LONDON – Satu kajian mendedahkan bahawa fenomena kemarau dan panas melampau diramal berlaku secara berterusan dan lebih awal di benua Eropah berbanding jangkaan sebelum ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kertas kajian diterbitkan dalam jurnal  Communications Earth & Environment itu menganggarkan terdapat lebih 10 peratus kebarangkalian untuk benua Eropah mengalami krisis haba dan kemarau melampau selama dua tahun berturut-turut.

Ia diramal berlaku antara 2050 hingga 2075, lebih awal berbanding jangkaan sebelum ini iaitu akhir abad ke-21.

Dalam pada itu, kajian tersebut turut meramalkan kemungkinan berlakunya kemarau teruk, di mana fenomena panas melampau dijangka melanda Eropah selama lima tahun berturut-turut.

Disebabkan perubahan iklim, cuaca ekstrem diramal melanda lebih kerap seperti kemarau, gelombang haba, banjir dan kebakaran yang membawa kepada kerosakan sosio-ekonomi yang ketara.

Sementara itu, gelombang haba dan kemarau yang didorong oleh perubahan iklim telah memberi kesan besar kepada petani di Eropah.

“Di Eropah dan seluruh dunia, tahap risiko kepada sistem makanan, ekosistem yang berfungsi dan kesihatan manusia meningkat dengan ketara disebabkan pemanasan suhu lebih tinggi,” kata pensyarah kanan dalam pertanian dan sistem makanan di Universiti Edinburgh, Dr. Peter Alexander. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI