fbpx

Enam lelaki termasuk remaja mengaku salah merusuh depan hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam lelaki termasuk remaja bawah umur (depan) diiringi anggota polis untuk didakwa kerana merusuh di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Enam lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh di hadapan sebuah hotel di Padang Temusu di sini, bulan lalu.

Kesemua tertuduh didakwa atas pertuduhan berhimpun secara berkumpulan dan mencederakan seorang lelaki yang juga tertuduh pertama, Muhammad Sharizal Ngazawan, 42.

Lima tertuduh lain ialah Mohd. Nawawi Azmi, 35; Muhammad Sufyan Johan Panggi, 25; Mohamad Muhaimin Mahmud, 33; Zulkupli Mohamed, 33, dan seorang remaja bawah umur berusia 16 tahun.

Kesemua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dibacakan serentak di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu serta mencederakan Muhammad Sharizal di hadapan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, 27 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI