fbpx

Dewan Negara: Selagi kerajaan diancam, macam mana kita nak dapat 148?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

KUALA LUMPUR – Reformasi institusi melibatkan pemisahan Peguam Negara dengan kuasa pendakwaan termasuk pemilihan jawatan-jawatan tertentu hanya boleh dilaksanakan menerusi kerajaan yang stabil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia berikutan reformasi itu memerlukan proses yang panjang dan pindaan ke atas Perlembagan.

“Reformasi institusi yang begitu substansif seperti pemisahan Peguam Negara dan pelantikan jawatan tertentu memerlukan pindaan perlembagaan. Kita perlukan 148 (Ahli Parlimen) ke atas.

“Selagi Kerajaan sentiasa dinodai dengan ancaman hendak digugurkan. Macam mana kita nak sampai 148 kerana reformasi institusi ini memerlukan pindaan perlembagaan terlebih dahulu dan tidak dapat dilaksanakan kalau kerajaan tidak stabil.

“Jadi, biarlah kerajaan ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 supaya reformasi ini dapat kita selesaikan dalam jangka masa empat tahun akan datang,” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr. Nuing Jeluing, adakah reformasi pelantikan jawatan penting seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) akan dibuat dalam masa terdekat.

Nuing turut meminta Azalina menyatakan adakah kuasa pendakwaan akan diasingkan daripada Peguam Negara dan bilakah ia dijangka dapat dilaksanakan.

Dalam pada itu, Azalina berkata, pindaan berkenaan reformasi tersebut turut memerlukan satu kajian menyeluruh iaitu kajian empirikal dalam negara-negara lain.

“Saya dah sebut dalam dewan ini bahawa masalah paling besar ialah bentuk-bentuk negara yang telah membuat perubahan yang sama, namun berpatah balik.

“Keduanya kita juga perlu mengkaji sebab di Malaysia kita mempunyai pelbagai undang undang dalam negara seperti di Sabah dan Sarawak sebagai contoh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI