fbpx

Siapa bakal ke final GV10?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIAPAKAH bintang All Stars Gegar Vaganza yang bakal melangkah ke peringkat akhir bakal terjawab malam ini.

PENUH debaran, itu yang dirasai peminat lapan bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10) hari ini.

Masakan tidak, malam ini konsert separuh akhir yang jadi penentu penyanyi mana bakal melangkah ke final GV10 yang bakal diadakan di pentas besar iaitu Axiata Arena, Bukit Jalil.

Paling berdebar ialah berapa peserta yang bakal diangkut ke final nanti.

Ada yang cakap masih format sama iaitu enam peserta, tetapi ada juga kata lapan. Macam-macam khabar angin ada.

Seram juga nak tahu siapa yang bakal terkandas di pentas separuh akhir, iyalah pasti sedih sebab tak dapat melangkah ke final.

Antara nama yang dikatakan bakal tersingkir malam ini ialah Azharina dan Nikki Palikat.

Diva malas nak buat ramalan sebab persaingan GV10 sangat sengit. Banyak keputusan yang mengejutkan.

Apapun, Diva harap semua berjaya ke final dan tiada sebarang penyingkiran malam ini. Kalau tersingkir sekali pun, tidak mengapa sebab bertahan sampai ke separuh akhir pun sudah cukup hebat.

DIVA: Ramai kecam Azharina sebab dikatakan suka ‘menjawab’ dengan juri.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI