fbpx

Melaka destinasi utama pelancong domestik – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JASIN – Melaka membuktikan negeri itu antara destinasi pilihan utama pelancong yang menyumbang enam peratus daripada pelancongan domestik Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mengikut statistik, negeri itu menerima 6.043 juta pelancong pada 2022, berbanding 2.665 juta orang dalam tempoh sama pada 2021.

Menurut beliau, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.378 juta pelancong atau 126.76 peratus.

“Daripada jumlah itu, seramai 5.637 juta orang atau 93.27 peratus merupakan pelancong domestik dan 406,517 orang atau 6.73 peratus adalah pelancong asing.

“Melalui inisiatif Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kerajaan negeri menyasarkan kedatangan pelancong dan pengunjung 15 juta hingga 18 juta orang ke negeri ini.

“Data ini membuktikan Melaka merupakan antara destinasi pilihan utama khususnya pelancongan domestik,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Karnival D’Bendang di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri selepas dipilih Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Pelancongan Dunia atau World Tourism Day pada tahun depan.

Beliau yakin pemilihan Melaka itu adalah kelebihan kerana mmepunyai tarikan kepada pelancong untuk datang serta menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan.

Ujarnya, ia sekali gus menjadi titik tolak kepada keyakinan pelabur daripada dalam mahupun luar negara, untuk terus merancakkan ekonomi di bumi Hang Tuah ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI