fbpx

Tiga mangsa ‘buaya darat’ jadi sahabat karib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri: Harding, Allan dan Hubbard. - NNP

LONDON  – Tiga wanita di Britain menjadi kawan rapat selepas mendapati mereka telah ditipu oleh seorang lelaki pada masa yang sama, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Kirsty Harding, 36, dan Chloe Allan menghantar mesej rahsia antara satu sama lain apabila mengetahui bahawa mereka telah ditipu oleh Paul Sandow, 35.

Kekasih ketiga Sandow, Kylie Hubbard, 35, kemudian membantu dua wanita itu untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah selepas memutuskan hubungan dengan Sandow. 

Penipuan Sandow terbongkar apabila Allan curiga mengenai nombor telefon seorang individu dipanggil ‘Kevin’ dalam senarai kontak telefon lelaki itu.

“Saya menelefon nombor itu. Apabila Harding menjawab, hati saya berkecai. Saya sedar dia (Sandow) seorang penipu,” kata Allan.

Allan dan Harding bertemu dan tidak lama kemudian mereka menjadi akrab antara satu sama lain. 

Selepas Harding menghantar mesej untuk memutuskan hubungan, Sandow didakwa mengancamnya dengan pisau.

Sandow kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan melakukan gangguan. Mereka kemudian menemui Hubbard selepas wanita itu mendapati namanya berada dalam surat ikat jamin.

“Apabila saya dengan mereka,  hubungan kami baik kerana tiada siapa yang memahami apa yang kami telah lalui,” kata Hubbard.

Selepas empat tahun penangguhan undang-undang, Sandow mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Diraja Newcastle. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI