fbpx

10 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri tersebut adalah Perak (Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk), Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dilaporkan di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Selain itu, turut diramalkan mengalami ribut petir adalah di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan) serta Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang),” katanya pada hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI