fbpx

Sikap ‘private’ cabaran besar Bil Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIL Musa berdepan cabaran kerana lari daripada kelaziman artis yang bersikap terbuka berkongsi kisah peribadi.

DALAM kalangan penggemar muzik indie tempatan, nama Bil Musa bukanlah sesuatu yang asing.

Kini, penyanyi dan komposer berbakat besar yang terkenal dengan karya-karyanya ‘healing’ itu kembali dengan single terbaharu berjudul Pentas hasil garapan komposer terkenal, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat.

Terbitan syarikat rakaman, Armani Entertainment Group (AEG), Bil atau nama sebenarnya Nabilah Musa, 30, berkata, peluncuran Pentas bagaikan sirih pulang ke gagang.

“Sebagai insan kreatif, saya perlu mengambil masa untuk menghasilkan sesebuah karya seni, sejurus lagu Pentas dilancarkan, sebuah kolaborasi bersama Noki, ramai yang agak ‘terperanjat’ dengan arah tuju muzik saya.

“Rata-rata mengatakan lagu tersebut ‘catchy’ dan sedikit lari dari genre saya.

“Sudah tentu, peminat lebih mengharapkan saya kembali kepada stail yang terdahulu dengan komposisi lagu-lagu ‘healing’ yang lebih sinonim dengan saya sebagai seorang pengkarya muzik,” jelas Bil.

BERCERITA tentang hubungan manusia dengan Tuhan dan persekitaran, Bil menyifatkan lagu Pentas mudah diterima semua peminat muzik.

Tuhan

Kata Bil lagi, lagu tersebut mendapat inspirasi daripada hubungan dengan Tuhan serta sesama manusia.

“Idea asal lagu ini datang daripada komposernya sendiri yang mahukan sebuah karya tentang hubungan manusia dengan Tuhan dalam perjalanan hidupnya.

“Kali pertama mendengar demo lagu Pentas, hati terus terpaut padanya. Rasa sebak pun ada juga.

“Bagi mereka yang sudah lama mengikut perjalanan seni saya faham bahawa laluan saya bukanlah mudah kerana walaupun mempunyai peminat tegar, muzik saya seakan-akan tidak ‘sampai’ di Malaysia. Agak susah bagi penyanyi indie seperti saya untuk menyentuh jiwa pendengar secara umumnya,” ujarnya.

Bil menyifatkan Pentas sebuah lagu yang mudah berhubung dengan pendengar kerana naratifnya senang difahami.

“Pentas bagi saya sangat ‘relatable’ kerana bercerita tentang perjalanan hidup seseorang yang ‘lost’ atau kehilangan arah dan terpaksa menghadapi cabaran, namun dengan kuasa iman, beserta sifat tidak mudah menyerah kalah dan kepercayaan yang masanya akan tiba suatu hari nanti,” katanya.

3 hari

Lagu bernuansa balada pop tersebut dinyanyikan Bil dengan signatur tersendiri dan kedengaran nyaman walaupun padat dengan maksud mendalam. Lagu berkenaan juga mengambil masa selama tiga hari untuk dirakamkan kerana memerlukan konsentrasi serta penghayatan yang tinggi.

“Saya mempunyai lingkungan vokal yang tidak terlalu besar, jadi kadangkala susah untuk mencipta kepelbagaian, kini saya mula konsisten dalam mengambil kelas vokal untuk memperbaiki diri.

“Tambahan lagi, untuk menjadi seorang artis yang dikenali di Malaysia, kita perlu mendedahkan banyak aspek dari kehidupan peribadi supaya bisa mendapatkan cerita ‘insani’, akan tetapi saya seorang yang ‘private’, jadi inilah cabaran saya.

Lagu Pentas boleh dimuat turun meneruis iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan. Pentas juga boleh dinikmati melalui aplikasi penstriman seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Video lirik Pentas juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi YouTube Armani Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI