fbpx

Penebar roti canai warga India dituduh rasuah polis RM60

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penebar roti canai warganegara India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan merasuah seorang anggota polis sebanyak RM60 di Port Dickson, kelmarin. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Seorang penebar roti canai warganegara India mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merasuah seorang anggota polis sebanyak RM60 di Port Dickson, kelmarin.

Bagaimanapun, Hakim, Datin Surita Budin menolak pengakuan bersalah S. Marimuthu, 41, yang bekerja sebagai penebar roti canai selepas mendapati pengakuan bersalah tertuduh bersyarat.

Malah, tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah secara rasuah memberi satu suapan, iaitu wang tunai RM60 kepada seorang ejen kerajaan berpangkat koperal yang bertugas di Balai Polis Port Dickson, sebagai dorongan kepadanya untuk tidak mengambil tindakan undang-undang susulan gagal mengemukakan lesen memandu.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam, di Batu 1, Jalan Seremban-Port Dickson, 29 November lalu.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohammad, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan tarikh 6 Disember ini sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI