fbpx

Najib bercadang sambung PhD dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini difahamkan dalam proses memohon melanjutkan pengajian dalam peringkat doktor falsafah (PhD).

Perkembangan tersebut diceritakan sendiri oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika melawat bekas Ahli Parlimen Pekan itu di Penjara Kajang dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan yang dirakam Rabu lalu.

“Hampir setiap minggu dan kadangkala dua minggu sekali. Esok (semalam) saya akan jumpa dia lagi. Dalam mahkamah memang kita akan bertemu kadangkala saya cuba duduk bersama untuk makan tengah hari dengan dia supaya boleh bersembang.

“Dia sekarang sedang membuat permohonan untuk buat PhD. Saya fikir dia sudah pun mula melakukan beberapa penulisan berkenaan PhD. Saya gembira fikirannya tidak terbiar,” katanya ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube hari ini.

Ketika ditanya bagaimana Najib memperoleh sumber bacaan untuk membantu urusan pengajian? Jelas Muhammad Shafee, bahan bacaan itu dikirimkan sendiri oleh pembantunya dan perlu melalui beberapa tapisan daripada pegawai penjara terlebih dahulu.

“Saya rasa bahan itu daripada pembantunya yang boleh melawat dan bawa buku untuk dia baca. Kena ada beberapa tapisan.

“Dia dalam penjara yang biasa. Tetapi atas isu keselamatan, dia diasingkan. Jika dia bersama dengan tahanan lain, apa saja boleh berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI