fbpx

Cantiknya Aaisyah! Netizen kata macam Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAISYAH dipuji dan netizen turut menyamakan wajahnya seperti Fazura.

PETALING JAYA – Kecantikan yang dimiliki anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana memang tiada tandingan.

Kejelitaan yang dimiliki kanak-kanak berusia sembilan tahun semakin terserlah pada sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Aaisyah dilihat menyambut majlis hari jadinya dengan bertemakan Barbie.

Pada acara terbabit, anak kecil yang petah berkata-kata itu mengenakan dres paras lutus berwarna merah jambu ditambah pula dengan solekan gaya persis anak patung Barbie.

Lebih menarik, dia turut dihidangkan dengan sembilan biji kek sebagai simbolik usianya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kejelitaan dimiliki Aaisyah sehingga dilabel sebagai anak artis paling cantik setakat ini.

Dalam ruangan komen ramai berpendapat wajah Aaisyah mirip pelakon, Nur Fazura.

“Cantik betul Aaisyah, satu-satunya anak artis paling cantik.

“Ini sudah seperti mini Fazura, sebiji sangat!” puji pengguna Instagram.

Selain itu, ada juga netizen bergurau agar Aaisyah menjauhi lelaki berstatus suami orang sekiranya sudah dewasa kelak.

“Aaisyah nanti sudah besar kahwin dengan anak raja ya, jangan cari suami orang,” seloroh netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI