fbpx

Bukan dia dapat ‘A’ sebenarnya – Lee Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dikongsi Lee Chong Wei di Instagramnya.

PETALING JAYA – Bekas jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali menggegarkan negara, namun kali ini bukan kerana sukan kegemarannya tetapi kerana anak lelakinya, Kingston Lee.

Melalui status di Instagram story beliau, Chong Wei berkongsikan satu kisah mengenai anak lelakinya itu berkenaan dengan memdapat markah ‘A’ bagi ujian penulisan Bahasa Malayu (BM).

Dalam posting tersebut, beliau menceritakan kisah anaknya yang mendapat keputusan yang tinggi dalam Bahasa Melayu iaitu sebanyak 90 markah pada minggu lepas.

Walaupun begitu, dia turut mengaku yang anaknya itu masih ada lagi ruang untuk baiki bahasa Melayunya.

“Minggu lepas dia balik dari sekolah, Kingston menjerit, “Papa, aku broke (pecah) rekod karangan 90 Markah, don’t play play (jangan main-main)”.

“Saya mengaku, standard BM Kingston masih ada ruang untuk diperbaiki malah, ruang tu besar. Karangan dia biasanya dapat B, kadang-kadang C dan sekali sekala ada A,” tulisnya.

Dalam pada itu, jaguh badminton itu meminta kertas peperiksaan Bahasa Melayu tersebut dengan anaknya dan ketika itulah baru semuanya terjawab.

“Aku pun terpaku sekejap. Kebanggaan mengambil alih jiwa. “Tunjuk .. papa nk tengok,” minta aku dengan Kingston”.

“Rupanya dia tulis di hujung karangan, “cikgu, selamat hari jadi! Sebab cikgu, BM saya power. Saya berharap cikgu sihat hingga umur yang angka sama dengan markah karangan saya hari ini,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai yang melihat hantaran tersebut turut mengakui anak sulung pasangan badminton negara itu adalah seorang anak yang lucu dan boleh membanggakan keluarga.

“Kingston memang pandai melawak, tapi saya ingin ucapkan tahniah kepada datuk dan datin kerana berjaya mendidik anak dengan baik,” kata Saipuddin 97.

“Hebat Kingston, macam tu sahaja dia gula-gulakan cikgu dia, apa-apa pun tahniah kepada datuk,” kata Ali Jazuli. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI