fbpx

Beribu-ribu UFO ditemui di orbit Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USSF sukar mengenal pasti potensi ancaman UFO tersebut terhadap manusia. - Jabatan Pertahanan AS

WASHINGTON – Tentera Angkasa Lepas Amerika Syarikat (USSF) mengesan beribu-ribu objek terbang tidak dikenali (UFO) di orbit Bumi, demikian laporan portal berita DailyMail yang memetik senaskhah dokumen sulit semalam.

Laman berita Wion News melaporkan, laporan itu mendedahkan bahawa UFO berulang kali ditemui sejak kebelakangan ini sehingga menjadi sukar untuk mengenal pasti sama ada ia menimbulkan ancaman kepada manusia.

Berdasarkan laporan tersebut, unit pasukan USSF iaitu Komando Latihan dan Kesediaan Angkasa Lepas (STARCOM) menemui banyak penampakan UFO di orbit Bumi pada bulan lalu.

Antara penemuan itu termasuk  sampah angkasa lepas buatan manusia dan ‘serpihan semula jadi’ seperti meteoroid dilancarkan oleh ‘musuh’ Amerika Syarikat (AS) yang terus melancarkan satelit pengintip seperti Malligyong-1 oleh Korea Utara dan sebagainya.

USSF menyuarakan kebimbangan bahawa sampah angkasa lepas buatan manusia itu memenuhi kawasan yang tidak diperhatikan antara Bumi dan Bulan dipanggil orbit ‘cislunar’, menjadikannya sukar untuk mengenal pasti sebarang potensi ancaman dan mengatasinya.

Laporan itu juga menggunakan beberapa istilah bagi merujuk penemuan tersebut seperti ‘pemerhatian tidak normal’ tetapi tidak menjelaskan maksudnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI