fbpx

Bergaduh atas permainan taman hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa lelaki dilihat memanjat permainan itu sambil berbalas pukulan. – Ary News

NEW DELHI, India – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan situasi pergaduhan yang berlaku di atas salah satu permainan di sebuah taman hiburan.

Laman berita Ary News melaporkan bahawa pergaduhan yang berlaku antara dua kumpulan itu disebabkan oleh isu tiket di daerah Amroha, negeri Uttar Pradesh.

Beberapa pemuda dilihat berbalas tendangan dan tumbukan manakala ada yang memanjat palang besi permainan tersebut.

Kekacauan berlaku selama beberapa minit sebelum polis tiba untuk meleraikan mereka.

Disebabkan kekecohan tersebut, pemilik taman hiburan itu memutuskan untuk menghentikan operasi permainan berkenaan sehingga keadaan menjadi reda.

Laporan media tempatan mendakwa bahawa beberapa orang cedera dalam pergaduhan itu namun tiada pengesahan rasmi diterima daripada pihak polis.

Seorang pegawai polis berkata, punca pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu sedang disiasat dan kesemua tertuduh telah ditahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI