fbpx

Skuad hoki lelaki dan wanita kekal dalam Program Podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal.

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kini boleh menarik nafas lega selepas skuad hoki lelaki dan wanita negara kekal dalam Program Podium bagi membantu skuad negara menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris pada tahun depan.

Jika diikutkan, skuad hoki wanita negara hanya berada dalam Program Podium pada Oktober lalu tetapi dilanjutkan sehingga Januari tahun depan bersama skuad lelaki sebelum dinilai semula kedudukan mereka oleh Majlis Sukan Negara (MSN) selepas berakhirnya kelayakan Olimpik tahun depan.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, keputusan itu dicapai semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub termasuk perbincangan peruntukan tambahan kepada skuad hoki negara untuk memburu slot ke Paris 2024.

“Kami telah mengadakan mensyuarat JKK pertama bersama Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid dan segalanya berjalan lancar. Memandangkan ia adalah mesyuarat terakhir tahun ini maka kami telah menjelaskan mengenai persiapan pasukan lelaki dan wanita untuk kelayakan Olimpik yang bermula pada Januari tahun depan.

“Untuk skuad wanita sebenarnya tamat (Program Podium) pada Oktober lalu selepas Sukan Asia Hangzhou. Namun, selepas kita merayu dan Alhamdulillah ia dipersetujui untuk diteruskan sehingga pusingan kelayakan Olimpik tahun depan.

“Kami ingin berterima kasih kepada MSN kerana selepas perbincangan, skuad lelaki dan wanita masih dikekalkan dalam Program Podium sehinggalah pusingan kelayakan pada Januari. Mengenai berapa jumlah peruntukan kami terima hati dengan terbuka,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Dalam misi melayakkan diri ke Paris 2024, skuad hoki lelaki negara berdepan tugas mencabar selepas diundi berada dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat emas 1988, Great Britain, Pakistan dan China dalam saingan yang bakal diadakan di Muscat, Oman dari 15 hingga 21 Januari 2024.

Manakala, skuad hoki wanita negara akan memburu slot ke Paris 2024 di Valencia pada 13 hingga 24 Januari 2024 selepas diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Belgium (No. 4 Dunia) , Great Britain, Sepanyol (No. 8 Dunia), Korea Selatan, Ireland, Kanada dan Ukraine. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI