fbpx

Polis kejar budak curi forklift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengejar forklift yang dilarikan seorang budak di Michigan, malam Sabtu lalu. - Foto Jabapan Polis Ann Arbor

WASHINGTON  – Seorang budak lelaki berumur 12 tahun ditahan selepas dia mencuri sebuah forklift dalam salah satu aksi pengejaran  paling lambat di dunia, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Kejadian berlaku di bandar  Ann Arbor, negeri Michigan, baru-baru ini.

Polis berkata, suspek merempuh sekurang-kurangnya 10 kenderaan semasa dia memandu  forklift  itu  pada kelajuan antara 24.14 kilometer sejam  hingga 32.18 kilometer sejam melalui jalan di sebuah kejiranan.

Kereta peronda polis mengikuti suspek sehingga dia  berhenti memandu. Budak lelaki itu kemudian  ditahan dan dibawa ke sebuah pusat tahanan juvana, manakala tiada sesiapa pun cedera dalam kejadian itu.

Budak lelaki itu membuka kunci forklift itu  yang disembunyikan di dalam sebuah teksi, demikian menurut siasatan awal. – AGENSI 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI