fbpx

Cubaan bunuh diri guna minyak petrol digagalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba ketika memujuk seorang lelaki yang cuba bunuh diri.

SEPANG – Cubaan seorang lelaki membunuh diri dengan meyimbah minyak petrol di dalam rumah berjaya digagalkan pihak bomba di Jalan Helang Tiram 8 Pantai Sepang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukthar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun kira-kira pukul 5.15 petang.

“Laporan komander operasi di lokasi terdapat seorang lelaki bertindak menuang minyak petrol di dalam rumah dipercayai untuk membunuh diri.

“Mangsa berjaya dipujuk oleh bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI