fbpx

15 anak kucing mati direndam, Animal Malaysia tawar RM5,000 kesan suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Animal Malaysia menunjukkan sebahagian daripada 15 ekor anak kucing yang direndam sampai mati di Pasar Borong Jerantut, semalam.

PETALING JAYA – Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan wang ganjaran berjumlah RM5,000 bagi mengesan suspek kejam yang merendam mati 15 ekor anak kucing, di Pasar Borong Jerantut, Pahang.

Animal Malaysia menerusi kenyataannya di Instagram berkata, kejadian disedari semalam, oleh seorang pengadu yang merupakan penduduk berdekatan di Jerantut dan diserahkan kepada Animal Malaysia kira-kira pukul 8.00 malam.

“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan dahsyat terhadap 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang.

“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga menemui kematian ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749

“Animal Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Animal Malaysia juga pernah menawarkan wang tunai RM5,000 kepada individu yang menyalurkan maklumat ­berhubung kejadian kekejaman terhadap dua ekor monyet dan seekor biawak di Taman Rimba Kiara dekat Taman Tun Dr. ­Ismail, Kuala Lumpur.

Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihak­nya menerima maklumat mengenai insiden itu melalui ­laman sosial selepas gambar dan video haiwan berkenaan yang cedera dipanah menjadi tular. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI