fbpx

11 tan daging penyu kering bernilai RM5 Juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara daging penyu kering seberat 11 tan serta pelbagai spesis hidupan laut terancam bernilai lebih RM5 Juta dirampas pasukan Polis Marin di Kudat semalam.- Ihsan Pasukan Polis Marin

KUDAT – Sebanyak 11 tan daging penyu kering serta pelbagai spesis hidupan laut terancam bernilai lebih RM5 Juta dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam pemeriksaan membabitkan sebuah bot jenis bubu ikan di kawasan laut Mangsee Reef pagi semalam.

Dalam rampasan yang dibuat sekitar pukul 11.15 pagi itu, pasukan bertugas yang terlibat dalam penugasan Op Taring Gelora di kawasan perairan daerah Kudat telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, sewaktu anggota bertugas menghampiri untuk pemeriksaan, bot terbabit dikatakan terus membelok dan memecut ke arah kawasan cetek di Mangsee Reef.

“Bagaimanapun, selepas bot telah berhenti sepenuhnya, kelihatan empat lelaki dewasa melompat keluar dari kapal dan berenang ke arah kawasan cetek untuk melarikan diri.

“Dalam masa sama, terlihat sebuah bot pam menghampiri empat lelaki berkenaan dipercayai sebahagian daripada kumpulan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, antara pelbagai daging penyu (9 tan), kulit kerang dan siput pelbagai spesis (2 tan), balat susu (90 kilogram), kuda laut (150 kilogram), rumpai laut (80 kilogram), sirip yu (5 kilogram), kerapu (200 kilogram) yang semua dikeringkan. Turut dirampas ikan basah pelbagai jenis dan sarang burung walit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI