fbpx

UCL: PSG perlu penalti selamatkan maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENRIQUE (tengah) mungkin akan menanggung padah jika PSG gagal melepasi aksi peringkat kumpulan saingan UCL musim ini. - AFP

PARIS – Jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Kylian Mbappe menyelamatkan Paris Saint-Germain daripada menanggung aib besar apabila berjaya mengikat Newcastle United 1-1 pada aksi Kumpulan F di Parc des Princes awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, Newcastle United berjaya membuka tirai jaringan menerusi penggempur utama mereka, Alexander Isak pada minit ke-24 sebelum PSG dihadiahkan sepakan penalti pada minit kelapan masa kecederaan yang disempurnakan oleh Mbappe.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Luis Enrique itu sekadar menghuni kedudukan kedua dengan mengumpul tujuh mata, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Borussia Dortmund yang berjaya menewaskan AC Milan 3-1 di San Siro.

Keputusan tersebut menyaksikan persaingan merebut satu lagi slot ke pusingan 16 pasukan terbaik kumpulan berkenaan bertambah sengit dan terbuka apabila Newcastle melonjak ke kedudukan ketiga dengan lima mata, manakala Milan di kedudukan tercorot dengan jumlah mata yang sama.

Menjelang aksi terakhir 14 Disember nanti, kedudukan PSG agak goyah apabila mereka berkemungkinan tersingkir sekiranya tewas berdepan Dortmund dan salah satu pasukan, sama ada Newcastle atau Milan mencatat kemenangan pada pertemuan di St. James Park.

Sekiranya gagal untuk melayakkan diri, kedudukan Enrique sebagai jurulatih pasukan itu pastinya akan tergugat dan beliau akan menerima nasib yang sama dilalui oleh bekas pengendali pasukan itu sebelum ini, Carlo Ancelotti, Laurent Blanc, Unai Emery, Thomas Tuchel, Mauricio Pochettino dan Christophe Galtier yang dipecat.

Pemilik kelab itu, Nasser Al-Khelaifi meletakkan sasaran dan sangat mengidamkan trofi Liga Juara-Juara sejak sekian lama dan tanggungjawab untuk melakukannya diletakkan sepenuhnya kepada jurulatih yang bakal menanggung akibat jika gagal. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI