fbpx

MHB peroleh projek angin luar pesisir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hab operasi MHB di MMHE West, Pasir Gudang.

PETALING JAYA – Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) menerusi anak syarikatnya, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) telah beroleh subkontrak bagi platform arus terus voltan tinggi (HVDC) di pencawang luar pesisir (OSS) pertamanya daripada Petrofac International (UAE) LLC (Petrofac).

Subkontrak bagi projek Ijmuiden ver Alpha itu melibatkan kejuruteraan pembinaan, fabrikasi, penyiapan mekanikal, pemuatan keluar dan pengikat laut, serta kerja-kerja seni bina kejuruteraan, perolehan dan asas pembinaan (EPC).

Sebelum ini, MMHE dan Petrofac telah memeterai perjanjian kerja awal pada Julai 2023, yang mana MMHE telah memulakan kerja-kerja persediaan dan penempatan kakitangan utama untuk reka bentuk dan sokongan, selaras dengan sasaran penyampaian OSS Petrofac untuk Program 2GW TenneT di Belanda.

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Pandai Othman berkata, pihaknya benar-benar berbesar hati untuk menyokong Program 2GW TenneT bersama Petrofac.

“Ini mewakili pencapaian penting untuk MHB dalam dua bidang fokus kami iaitu menceburi sektor tenaga boleh diperbaharui dan mewujudkan kehadiran di peringkat antarabangsa.

“MHB komited untuk menjayakan penyampaian projek ini, menegakkan komitmen kepada pihak berkepentingan dan mengiktiraf tanggungjawab kami terhadap planet dan generasi yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI