fbpx

Mayat lelaki ditemui terapung di celah feri ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung di celah feri di Sungai Batang Igan, Jalan Sungai Maaw, Sibu.

SIBU – Lelaki yang mayatnya ditemukan terapung di celah feri di Sungai Batang Igan, Jalan Sungai Maaw di sini dikenal pasti mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata ia selepas pengecaman dibuat oleh isteri mangsa, yang merupakan warga Indonesia.

“Isteri mangsa mengesahkan si mati merupakan suaminya berdasarkan pengecaman tatu di lengan kanan dan seluar pendek warna biru yang dipakainya semasa kali terakhir dilihat tiga hari sebelum mayatnya dijumpai.

“Isterinya juga memaklumkan si mati mempunyai masalah mental,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa juga mendapati tiada kesan kecederaan luaran dan tiada unsur jenayah.

Justeru, katanya bedah siasat akan dijalankan esok, dengan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Terdahulu, Zulkipli berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa daripada orang awam kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Katanya mayat lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu dijumpai tersangkut di celah feri dalam keadaan tanpa memakai baju dan hanya berseluar pendek berwarna biru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI