fbpx

Lelaki ditangkap tiga hari lepas curi duit tabung surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV mendapati seorang suspek telah masuk ke dalam surau di Taman Sri Pulai 3, Sikamat dan mencuri duit tabung tersebut kira-kira pukul 3 petang, 25 November lalu.

SEREMBAN – Seorang lelaki berjaya ditangkap polis malam semalam selepas tiga hari melakukan jenayah curi duit dalam tabung surau di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 66 tahun berkaitan kes curi duit tabung surau anggaran bernilai RM100 di Taman Sri Pulai 3, Sikamat pada pukul 7.50 malam 25 November lalu.

Menurutnya, hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek telah masuk ke dalam surau dan mencuri duit tabung tersebut kira-kira pukul 3 petang hari yang sama laporan dibuat.

“Suspek kemudiannya telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Bertindak atas risikan dan maklumat awam, seorang lelaki berusia 24 tahun itu ditangkap oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) kira-kira pukul 8.30 malam semalam di kawasan Taman Batu Batu 8, Jalan Pantai-Teluk Kemang.

“Dalam tangkapan berkenaan turut dirampas barang kes berupa sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru dan peralatan untuk pecah tabung,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Arifai lagi, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek telah di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini dan direman selama empat hari hingga 2 Disember depan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI