fbpx

[VIDEO] “Dalam video tak senonoh itu bukan saya”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONY Eusoff menafikan dakwaan liar mengatakan lelaki yanh beronani dalam sebuah video sebagai dirinya.

KUALA LUMPUR – Pelakon Tony Eusoff menafikan dakwaan mempunyai kaitan dengan sebuah video tidak senonoh yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Enggan menghiraukan tuduhan liar berkenaan, pelakon Sumpahan Jerunei itu berkata, banyak lagi perkara lebih penting yang harus diberikan tumpuan.

“Siapa percaya memang dia tertipu. Bagi saya, perkara ini hanya mahu diabaikan kerana tidak membawa manfaat.

“Orang yang sebarkan itu memang tidak bertanggungjawab, kalau nak cari orang bersalah adalah individu yang sebarkan video terbabit.

“Saya tidak buat benda-benda begini. Ketika dunia banyak malapetaka berlaku seperti Palestin ramai lagi orang susah jadi saya tidak mahu fokus perkara ini,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Pemilik nama lengkap Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 46, itu juga maklum dengan video tular berkenaan.

Dia bagaimanapun lega apanila kenalan terdekat lebih mempercayai dirinya.

“Ada kawan hantar video tersebut dan saya sudah tengok. Rakan rapat juga mempertahankan saya.

“Mereka kata itu palsu. Malah, bekas kekasih saya turut mengatakan benda yang sama,” ujarnya lagi ketika ditemui di sidang media Viu Upfront, di sini, semalam.

Bagaimanapun, anak kelahiran Sarawak itu enggan memperbesarkan isu dengan tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Tiada guna untuk ambil tindakan. Buat apa orang kongsikan perkara tidak bagus.

“Benda ini (kontroversi) banyak berlaku sebelum ini dan tidak elok. Kalau boleh saya memang tidak mahu fokus perkara negatif,” tegasnya.

Ditanya mengenai impak terhadap dirinya, Tony yakin tidak akan mengganggu karier lakonan disebabkan komited terhadap kerjayanya.

“Buat masa ini tidak rasa jejaskan diri. Saya percaya apa yang dilakukan saya buat dengan sepenuh hati dan jiwa.

“Tanyalah mana-mana produksi yang pernah bekerja, saya akan bagi sokongan 100 peratus dan saya jamin mereka bersetuju. Itu yang saya janjikan.

Sebelum ini, dalam aplikasi X tular sebuah video tidak senonoh kononnya seorang selebriti sedang melakukan onani di atas katil.

Ramai orang mula mendakwa dan menyebut nama Tony sebagai individu yang berada dalam video tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI