fbpx

Cikgu Ery meninggal dunia ketika senamrobik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Ery disahkan telah meninggal dunia pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang guru, Mohd. Khairiri Ramli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ery dilaporkan meninggal dunia semasa mengendalikan senaman di Tasik Tropicana Aman Rimbayu pagi tadi.

Berita kematian itu dimaklumkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Adlin Amir Hamzah di Facebook.

Difahamkan Cikgu Ery, 46, meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Allahyarham meninggal dunia semasa kendalikan senaman bersama kumpulan.

“Paramedik ambulans telah sahkan kematian. Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Keluarga arwah telah dihubungi,” katanya.

Pada masa sama, Adlin juga berharap tiada sebarang berita palsu disebarkan berkenaan kematian Cikgu Ery.

Terdahulu, Cikgu Ery yang dahulunya dikenali sebagai Cikgu Erin dikenali di media sosial susulan selalu berkongsi mengenai kisah penghijrahannya.

Cikgu Ery juga merupakan aktivis yang aktif membantu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) termasuk bekas mak nyah yang ingin berubah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI