fbpx

Bunga bawa Tiko jumpa keluarga Ashraf Sinclair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA sebelum ini pernah membawa Tiko bertemu dengan keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.

KETIKA khabar perkahwinan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) heboh diperkatakan, pelbagai kecaman singgah ke muka di jelita itu sejak beberapa hari lalu.

Rata-rata meluahkan perasaan kecewa kerana beranggapan balu kepada aktor Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair itu sudah melupakan suaminya.

Tidak kurang, ada juga mempertikaikan hubungannya dengan bakal suami yang juga kakitangan sebuah syarikat kewangan terkemuka, Tiko Aryawardhana apabila menyifatkan pernikahan pada 2 Disember itu sebagai tergesa-gesa.

Sumber terdekat mendedahkan ibu anak satu itu sudah memperkenalkan Tiko, 43, kepada keluarga arwah suaminya sebelum meneruskan rancangan perkahwinan mereka.

Adik Ashraf, Aishah Sinclair juga sudah lama mengetahui hubungan pasangan itu malah dia pernah dilihat bergambar dengan kakak iparnya disertai Tiko. Nampaknya, khalayak hanya tahu menuding jari mencari kesalahan, sedangkan Bunga sudah mendapat lampu hijau demi cintanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI