fbpx

Taktik menyamar berhasil, 22 lori lebih muatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrin (kiri) melakukan pemeriksaan ketika Operasi Patuh Bersepadu JPJ dan JSPT sempena Ops Patuh Lebuh Raya di Plaza Tol Gamuda Cove di sini, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

DENGKIL – Tindakan penyamaran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan empat buah kenderaan tanpa logo jabatan membuahkan hasil apabila sejumlah lori ditahan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya.

Dalam Ops Patuh Bersepadu bermula pukul 12.30 tengah malam tadi hingga 10 pagi tadi itu, 22 buah lori diarahkan melakukan timbangan berat muatan.

Pengarah JPJ Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, tindakan penyamaran itu ternyata membuahkan hasil kerana berjaya menahan sejumlah besar kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan jalan raya.

Beliau berkata, antara lori yang ditahan membawa muatan ‘piling’ 79.25 peratus iaitu melebihi daripada had muatan dibenarkan.

“Ini merupakan satu kejayaan yang agak memberangsangkan bagi JPJ hasil intipan dilakukan oleh kumpulan penyamaran JPJ bagi mengesan kenderaan bermasalah.

“Ops Patuh Lebuh Raya itu disertai 40 anggota dan pegawai JPJ, selain turut dibantu oleh tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Ops berkenaan di Plaza Tol Bandar Gamuda Cove, di sini, hari ini

Katanya, operasi itu meliputi Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuh Raya Elite serta Lebuh Raya Guthrie.

Dalam perkembangan sama, Azrin berkata, sebanyak 98 kenderaan lain turut ditahan atas kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen vokasional (GDL), tanpa lesen memandu (CDL), tiada insurans kenderaan serta kesalahan teknikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI