fbpx

Perak, Pahang antara negeri dilanda ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan beberapa kawasan di lapan buah negeri dijangka dilanda hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 9 malam ini.

Met Malaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir diramal berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di Selangor (Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Johor (Mersing, Pontian dan Kulai) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku berlaku di Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat) serta Sarawak (Samarahan dan Limbang),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI