fbpx

Pelajar maut kemalangan ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syuhada Zafirah maut akibat cedera parah ketika menerima rawatan di hospital.

MERSING – Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux ketika sedang melintas jalan di Penyabong Endau Mersing semalam.

Kejadian kira-kira 3.45 petang itu menyebabkan mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15 maut akibat cedera parah ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihak polis menerima maklumat kejadian itu dari panggilan yang dibuat orang awam.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun dari arah Penyabong hendak menuju ke Endau.

“Semasa pemandu tersebut bergerak lurus secara tiba-tiba seorang pejalan kaki perempuan warga tempatan berumur 15 tahun telah melintas jalan  menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki tersebut.

“Akibat kemalangan ini, pejalan kaki itu telah di bawa ke Hospital Mersing untuk rawatan selanjutnya. Lebih kurang pukul 10.24 malam kita terima makluman daripada Hospital Mersing bahawa pejalan kaki tersebut telah di sahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI