fbpx

Melaka buka ladang benih padi tingkat pengeluaran hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 bagi membuka ladang benih padi pada tahun hadapan dalam usaha meningkatkan nisbah kadar kepenggunaan (SSR) kepada 19 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ketika ini SSR bagi penghasilan padi di Melaka adalah 9.8 peratus setahun.

Kata beliau, melalui pengwujudan ladang benih padi itu para pesawah akan dibekalkan benih padi yang berkualiti tinggi sekali gus membantu meningkatkan hasil pengeluaran mereka.

“Insentif ini merupakan yang pertama di Malaysia selepas kerajaan negeri sendiri membuka ladang benih padi untuk dibekalkan kepada pesawah.

“Ini kerana ada pesawah yang mendakwa mereka menerima benih padi jenis lama dan tidak memberikan hasil yang banyak.

“Justeru, ladang benih padi ini akan membekalkan pesawah dengan benih padi berkualiti tinggi untuk meningkatkan hasil kepada dua atau tiga kali ganda daripada 9.8 peratus setahun kepada 19 peratus dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI