fbpx

Dua ditangkap sedang mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALAT kelengkapan untuk pecah masuk dan sebahagian sarang burung layang-layang yang berjaya dirampas daripada dua orang lelaki pada hari Jumaat (24 November) baru-baru ini.

KLUANG – Dua orang lelaki warga tempatan tergamam apabila “dijemput” sepasukan anggota polis semasa memecah masuk rumah sarang burung layang-layang di Taman Sri Layang di Pekan Layang-Layang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 2 pagi.

Katanya, Balai Polis Layang-Layang sebelum itu menerima maklumat mengenai kejadian pecah masuk rumah burung layang-layang sebelum gerakan dilakukan.

“Hasil daripada serbuan itu, dua lelaki berusia 36 dan 41 tahun berjaya ditahan ketika melakukan pecah masuk dalam rumah burung layang-layang.

“Barang-barang yang berjaya dirampas adalah anggaran 450 gram sarang burung layang-layang, peralatan pecah rumah dan kelengkapan untuk mengambil sarang burung layang-layang,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, hasil semakan kedua-dua tangkapan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Ujarnya, anggaran kerugian sekitar RM2,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kedua-dua suspek dikenakan tahanan reman selama enam hari sehingga 30 November ini bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI