fbpx

Anak hidap leukemia, simpanan pula tinggal RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Ridzuan menunjukkan pipi Muhammad Syed Adha yang bengkak selepas disahkan menghidap leukimia ketika ditemui di rumahnya di Parit Keroma, Ayer Baloi, Pontian baru-baru ini. (Gambar kecil) Muhammad Syed Adha ketika dirawat di ICU, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Oktober lalu.

PONTIAN – Kehidupan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berubah sepenuhnya selepas dia disahkan menghidap leukemia pada Oktober lalu.

Lebih menyedihkan apabila Muhammad Syed Adha Syed Ridzuan kini tidak mampu lagi bergerak aktif seperti biasa.

Menurut bapanya, Syed Ridzuan Hussein, 28, anak sulung daripada dua beradik itu dikesan mempunyai masalah kesihatan selepas kerap demam sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

“Anak dimasukkan ke ICU selama empat hari dan doktor mengesahkan dia ada leukemia.

“Selepas anak saya disahkan menghidap leukimia, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai mekanik untuk menjaganya,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Parit Keroma, Ayer Baloi di sini.

Syed Ridzuan berkata, sejak berhenti pada Oktober lalu, dia dan keluarga hilang punca pendapatan menyebabkan duit simpanannya kini tinggal RM100.

“Itu sahaja duit yang kami ada untuk bertahan hidup, nak ke HSI pun kena keluar belanja RM200,” katanya yang kini turut menjaga isterinya, Norhasfarina Dris, 32, yang sarat mengandung lapan bulan.

Ujarnya, kesempitan hidup yang menghimpit mereka seke­luar­ga telah dirujuk ke Baitumal Pontian dan pihak Baitumal memberikan sumbangan seba­nyak RM300 sekali one-off

Katanya, dia cuba untuk bekerja semula bagi mendapatkan pendapatan, namun penyakit anaknya memerlukan perhatian dan jika mempunyai tanda-tanda demam perlu dibawa segera ke HSI.
Menurut Syed Ridzuan, dia juga mempunyai seorang anak perempuan Nur Syifa berusia 3 tahun yang juga memerlukan perbelanjaan selain bayaran rumah sewa sebanyak RM350 sebulan.

Dalam pada itu, orang ramai yang ­ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Syed Ridzuan Hussein di talian 011-60553063 atau me­nyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam (01108020267295) atas nama Norhasfarina Dris.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI