fbpx

Ramasamy tubuh parti baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramasamy.

GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menubuhkan parti baharu untuk masyarakat India yang dinamakan Urimai atau Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia.

Ramasamy yang juga bekas pemimpin DAP itu berkata, Urimai (dalam bahasa Tamil) membawa maksud hak rakyat, kaum atau sebagainya dan pihaknya telah menyerahkan urusan pendaftaran parti baharu itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Semalam telah diadakan pelancaran pergerakan parti baharu ini di Kuala Lumpur, ia bertujuan untuk memperkenalkan pergerakan ini kepada masyarakat khususnya masyarakat India, malah kita turut melantik koordinator di setiap negeri,” katanya di sini, hari ini.

Ramasamy adalah bekas ADUN Perai dan Ahli Parlimen Batu Kawan di bawah DAP dan beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 2008, sebelum digugurkan sebagai calon pada pilihan raya negeri Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI