fbpx

Niat curi motosikal terbantut selepas kunci patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal berkongsikan gambar dua pelaku berkenaan. – Tribun Jakarta

JAKARTA – Tindakan sepasang suami isteri yang cuba melarikan sebuah motosikal menemui kegagalan selepas kunci yang digunakan untuk menghidupkan kenderaan itu patah, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Jatinegara, Jakarta Timur pada 21 November lalu.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pasangan tersebut pada awalnya dilihat menaiki sebuah motosikal lain sebelum berhenti di hadapan sebuah kedai roti.

Pemilik motosikal tersebut, Zainal berkata, dia ketika itu berada di dalam kedai.

Selepas memastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat, si suami turun dari motosikal lalu cuba membuka kunci hendal sambil si isteri mengawasinya.

“Kalau dilihat daripada rakaman CCTV, pelaku mencuba membuka kunci motosikal saya sebanyak tiga kali,” kata Zainal.

Selepas berjaya membuka kunci hendal, pelaku cuba menghidupkan motosikal itu menggunakan kunci huruf T.

Namun, tindakan itu gagal selepas kunci tersebut patah sehingga sebahagiannya tertinggal di dalam lubang kunci.

“Kunci hendal sudah dibuka tetapi pelaku gagal melarikan motosikal saya kerana kunci T patah. Akhirnya, mereka meninggalkan motosikal saya dan melarikan diri,” kata Zainal.

Zainal belum melaporkan kejadian itu kepada polis, namun berkongsikan gambar rakaman CCTV bagi memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dengan pasangan berkenaan. – AGENSI 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI