fbpx

Sirul perlu buat semakan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sirul ketika sesi wawancara bersama Al Jazeera English di Sydney, Australia. - Al Jazeera

PUTRAJAYA- Bekas anggota Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar perlu mengemukakan permohonan semakan hukuman mati ke atasnya berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 bagi membolehkan sebarang usaha ekstradisi dilakukan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan itu, cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan Malaysia mengadakan libat urus bersama pihak berkuasa Australia bagi memudah cara ekstradisi Sirul ke negara ini dilihat tidak boleh dilakukan.

“Dalam kes Sirul, jika dia nak memanfaatkan ruang ini, memasuki semakan itu, harus dibuat oleh peguam beliau. Itu prosesnya.

“Sehingga itu berlaku, kerajaan beranggapan bahawa gesaan Najib itu sebagai satu cadangan yang kerajaan ikuti perkembangannya sebab keputusannya terletak pada Sirul sendiri.

“Setakat ini, kita belum menerima maklumat sama ada peguamnya ada mengemukakan semakan hukuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2023 di sini tadi.

Terdahulu, dalam satu wawancara bersama Al Jazeera English 101 East, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam dan diperangkap yang mana dia mengaku menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada sumber tidak dinamakan untuk tujuan ‘menutup mulut.’

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, setakat ini, hanya bekas pegawai polis UTK iaitu Azilah Hadri yang disabitkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya mengemukakan permohonan semakan hukuman.

Sementara itu, menjawab dakwaan Sirul menerima RM1 juta, Saifuddin menjelaskan, perkara itu hanya diketahui oleh Sirul.

“Berdasarkan kepada butiran perbicaraan, hal itu tidak dikemukakan tempoh hari, jadi ia kekal sebagai kenyataan daripada Sirul.

“Hanya dia boleh menjawab kenapa sekarang dibangkitkan, apakah tujuan sebenar dan sebagainya.

Saya tidak mahu komen dan seperti rakan media, saya ikuti itu sebagai perkembangan terkini daripada Sirul,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI