fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hentikan eksport senjata ke Israel – Putera Mohammed bin Salman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mohammed bin Salman. - AFP

RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menggesa semua negara yang mengeksport bekalan senjata ke Israel agar berhenti berbuat demikian bagi memberi tekanan kepada Rejim Zionis, lapor laman berita Al Arabiya.

Gesaan itu dibuat ketika sidang kemuncak luar biasa negara-negara BRICS Selasa lalu yang diadakan secara maya.

“Kami menggesa agar semua negara menghentikan eksport bekalan senjata ke Israel.

“Semua ahli dalam apa jua pertubuhan, sama ada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mahupun Liga Arab untuk mulakan tindakan anda menentang keganasan di Gaza,” katanya.

Putera Mohammed selain itu turut menuntut agar proses damai yang serius dimulakan secara menyeluruh untuk menubuhkan sebuah negara Palestin seperti yang dipersetujui menerusi sempadan yang diiktiraf pada 1967.

“Kedudukan Arab Saudi adalah tetap dan teguh iaitu tiada cara untuk mencapai keselamatan dan kestabilan di Palestin kecuali menerusi pelaksanaan keputusan antarabangsa berkaitan penyelesaian dua negara,” ujarnya.

Mesyuarat BRICS anjuran Afrika Selatan tersebut turut disertai oleh negara ahli lain termasuk Brazil, Russia, India dan China. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI