fbpx

Kerajaan teliti keperluan bina pagar elektrik, CCTV di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD melawat pameran yang disediakan pada Karnival Kesihatan dan Jualan Agro Madani 2023 di Taman Bandar Senawang, Seremban hari ini.-Foto NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

SEREMBAN – Kerajaan akan meneliti keperluan untuk membina pagar elektrik dilengkapi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sepertimana langkah yang diambil kerajaan Thailand bagi memperketatkan kawalan di kawasan bersempadan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia begitu juga samada keperluan daripada segi penambahan anggota dan sistem keselamatan negara yang lain.

“Sekiranya usaha ini dilakukan, kerajaan perlu mendapatkan kerjasama dengan kerajaan Indonesia dan kerajaan Thailand agar pos kawalan bersempadan bersama itu dapat dilakukan secara bersama bagi mengawal dan memperketatkan kawalan.

“Ini kerana ada pos kawalan berada pada kedudukan yang jauh dan ini perlu kita lihat bagaimana cara meningkatkan lagi keberkesanan untuk mengawal bersempadan antara negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Karnival Kesihatan dan Jualan Agro Madani 2023 di Taman Bandar Senawang di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Thailand bercadang untuk membina pagar elektrik dilengkapi CCTV sebagai usaha memperketatkan kawalan di kawasan bersempadan dengan Malaysia bagi mengekang sindiket penyeludupan yang dilihat turut memberi manfaat kepada negara.

Ini kerana isu melibatkan penyeludupan seperti dadah, manusia, senjata api dan sebagainya telah lama membelenggu Malaysia susulan pelbagai taktik digunakan penjenayah.

Melihat perkara itu, Mohamad berkata, usaha yang dilakukan negara jiran itu sesuatu yang baik dan pada awal tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi memperkasa kawalan sempadan ini.

“Kita mempunyai pos kawalan persendirian dan juga pos kawalan gabungan bersama, jadi ini kita uruskan dan yang penting sekali kelengkapan anggota kita bagi mengawal sempadan, baik polis mahupun tentera diberi keutamaan kerana kelengkapan itu sangat penting,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI