fbpx

EPL: Pemotongan mata tidak ganggu mental pemain The Toffees

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVERTON memerlukan kemenangan ke atas United pada aksi kali ini untuk segera mengembalikan motivasi serta keluar dari zon penyingkiran secepat mungkin. - FB EVERTON

LIVERPOOL – Pengendali Everton, Sean Dyche percaya bahawa hukuman pemotongan 10 mata yang dikenakan terhadap pasukannya itu tidak mampu memadam keinginan mereka untuk mencipta musim yang lebih baik.

Menurutnya, seluruh pemain ketika ini enggan mempedulikan mengenai keputusan rayuan yang dibuat oleh pihak kelab, sebaliknya sudah memulakan misi untuk menyelamatkan pasukan itu daripada zon penyingkiran.

Dyche mengakui bahawa beliau dan para pemainnya amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya bebas penyiasatan, malah menganggap ia dilakukan secara melulu dan tidak adil.

The Toffees menikmati enam kemenangan daripada sembilan aksi dalam semua pertandingan membolehkan mereka berada di kedudukan ke-14 sebelum terperosok ke kedudukan 19 akibat pemotongan mata berkenaan.

“Saya dapat merasakan aura yang positif di sebalik ‘tragedi’ yang melanda kami. Pasukan dan pemain ketika ini sedang membina mentaliti yang lebih kuat, malah ia tidak mengganggu apa yang telah kami rancang sejak awal untuk musim ini.

“Pemain mempunyai minda yang jelas, ini adalah cabaran dan kami sedia menyahutnya. Kami tidak akan benarkan perkara ini mematahkan semangat dan menghancurkan apa yang telah kami rancang dan nikmatinya sebelum ini.

“Selepas hukuman itu dikenakan, kami belum mengharungi perlawanan, saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang sangat berbeza, tetapi pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan sebagai respons terhadap hukuman tersebut,” katanya.

Everton akan turun melayan kunjungan Manchester United di Goodison Park tengah malam ini dengan rekod aksi tanpa kalah sejak tiga perlawanan lalu termasuk meraih dua kemenangan dan satu seri.

Kemenangan pastinya cukup penting buat Dyche untuk mereka kembali mendaki kedudukan selepas hanya mengumpul empat mata ketika ini dan berharap dua lagi pasukan, Luton Town dan Sheffied United tewas untuk mereka keluar dari zon penyingkiran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI