fbpx

Tiga jengkaut ‘bergaduh’ di kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menjerit ketika jengkaut itu hampir tumbang. - Instagram

JAKARTA  – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario tiga jengkaut dikawal manusia ‘bergaduh’ antara satu sama lain di sebuah kebun sawit, lapor laman berita Detik.com hari ini.

Pergaduhan yang berlaku di daerah Siak, wilayah Riau itu didakwa tercetus akibat konflik mengenai tanah kebun sawit dua syarikat.

Ketika kejadian, salah sebuah jengkaut itu tidak dapat bergerak selepas diserang jengkaut lain. Ia kemudiannya dilihat hampir tumbang disusuli jeritan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Siak, Asep mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan yang dikawalnya namun pergaduhan itu dilaporkan berlaku dua minggu lepas.

Asep tidak menjelaskan butiran kejadian. Beliau hanya meminta pihak terlibat supaya mengawal diri daripada mencetuskan provokasi.

“Alhamdulillah ia dapat diselesaikan dengan baik. Kami merayu kepada semua orang supaya sentiasa menahan diri dan tidak mencetuskan provokasi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI