fbpx

Atuk, nenek 14 cucu, 4 cicit genggam sarjana UTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKERAM (kanan) dan isterinya, Masmanis bersyukur apabila menamatkan pengajian Sarjana Profesional Sains Politik diusia emas pada Majlis Konvokesyen UTMSPACE 2023 di UTM Skudai, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Biarpun umur sepasangan suami isteri menjengah usia senja, namun faktor itu tidak menjadi halangan untuk mereka menggenggam segulung ijazah sarjana sempena Konvokesyen ke-67, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Lebih manis, kejayaan yang dirakam Ikeram Yan, 71, dan isteri tercinta, Masmanis Yusof, 53, menjadi contoh yang baik untuk meningkatkan pencapaian diri sekali gus menjadi manfaat buat anak-anak, cucu serta masyarakat.

Pasangan itu memiliki 11 orang anak, 14 cucu serta empat cicit menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Profesional Sains Politik pada Majlis Konvokesyen UTMSpace 2023.

“Sebelum kami ambil keputusan untuk sambung belajar memang ada beberapa kekangan terutamanya terikat dengan komitmen kerja dan rumah tangga.

“Kawan-kawan juga pernah persoalkan mampu ke nak sambung belajar, alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat isteri saya yang ajak belajar sama-sama, hari ini kami dapatkan pengajian dengan sempurna selama dua tahun.

“Menuntut ilmu ini merupakan satu tuntutan fardu kifayah, walau berapa pun umur kita, kita perlu belajar sampai akhir usia,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Ikeram dan Masmanis merupakan antara 402 graduan yang menerima Sarjana Profesional pada Majlis Konvokesyen UTMSpace 2023 yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai.

Ikeram yang berasal dari Kampung Gumpey, Gedong, Simunjan, Sarawak merupakan antara graduan tertua dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30.

Tambah Ikeram, dia turut berharap masyarakat khususnya golongan muda untuk tidak mudah berputus asa dan terus berusaha untuk menimba ilmu sehingga ke peringkat tertinggi sekali gus dapat berbakti kepada negara pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI