fbpx

Syarat lesen kebangsaan setinggi Gunung Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI (tengah) bergambar bersama pengurusan KFA selepas hadir merasmikan Wisma KFA di Alor Setar, Kedah semalam. - SHAHIR NOORDIN

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, syarat dikenakan kepada setiap pasukan bagi mendapat lesen kebangsaan untuk bersaing pada musim berikutnya terlalu tinggi berbanding kemampuan sebenar rata-rata pasukan bertanding.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, syarat dikenakan ibarat ketinggian Gunung Everest sedangkan kemampuan kebanyakan pasukan bola sepak di negara ini hanyalah setinggi Gunung Jerai.

Justeru katanya, banyak pasukan terpaksa berhempas-pulas bagi memenuhi syarat tersebut lebih-lebih lagi ketika dalam era penswastaan kini.

“Saya sudah cakap banyak kali sejak beberapa tahun lalu, standard kita belum sampai ke tahap itu lagi. Setiap kehendak dan syarat yang diletakkan untuk mendapatkan lesen bagi melayakkan pasukan bertanding dalam musim berikutnya, terlalu tinggi.

“Saya rasa banyak pasukan berdepan masalah. Bukan satu atau dua pasukan, sebaliknya tujuh hingga lapan pasukan berhempas-pulas untuk memenuhi syarat itu.

“Segalanya bergantung kepada faktor kewangan. Industri bola sepak kita belum mencapai tahap itu lagi kerana keupayaannya hanya setakat Gunung Jerai tetapi syarat diletakkan setinggi Everest,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Wisma KFA di Alor Setar kelmarin.

Kelmarin First Instance Body (FIB) mengumumkan sebanyak 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala tiga lagi diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman yang menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025.

Keputusan lesen bagi Kelantan FC, bagaimanapun ditangguhkan hingga Disember ini. Tindakan itu dibuat kerana mereka didapati memiliki tunggakan gaji dalam deklarasi 31 Ogos, walaupun rekod tunggakan gaji pemain dan pegawai pada 30 Jun tidak menunjukkan sebarang tunggakan. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI