fbpx

Konflik Palestin-Israel: ‘Tergamak Zionis curi gitar hadiah arwah ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamadah (kiri), manakala (kanan) tangkap layar video anggota rejim Zionis Israel bermain gitar milik Hamadah di tengah runtuhan di Gaza.

PETALING JAYA – Seorang penyanyi dari Gaza, Palestin kecewa apabila gitar yang dihadiahkan oleh arwah bapanya kira-kira 15 tahun dahulu diambil oleh seorang anggota Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

Lelaki tersebut dikenali sebagai Hamadah iaitu seorang daripada ahli kumpulan Sol Band, menyedari gitar itu diambil anggota rejim Zionis Israel tersebut selepas video dia menyanyi di kawasan runtuhan tular di TikTok.

Hamadah menerusi hantaran pada Instagram memberitahu, dia mengenali gitar tersebut adalah miliknya memandangkan tidak banyak gitar seperti itu di Gaza.

“Saya sangat terkejut hari ini apabila saya melihat video TikTok seorang askar IOF bermain gitar di tengah-tengah runtuhan di Gaza. Saya tahu gitar tersebut kerana tidak banyak gitar seperti itu di Gaza.

“Ia adalah hadiah daripada ayah saya 15 tahun lalu. Ayah saya terkorban selepas serangan ke atas Gaza pada 2014. Jadi sekarang mereka datang dan ambil barangan pemberian terakhir daripada ayah saya.

“Tidak cukupkah mereka telah ambil orang-orang yang kami sayangi, rumah kami, keluarga kami dan sekarang muzik dan kenangan kami? Di mana ketidakadilan ini akan berhenti?,” katanya pada hantaran itu semalam.

Dalam pada itu, ramai yang marah terhadap tindakan anggota rejim Zionis Israel tersebut, termasuk penyanyi Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Yuna.

“Saya juga, saya tiada kata-kata,” komen Yuna.

“Bukan suatu yang baharu untuk mereka. Sekali mereka pencuri, selamanya pencuri,” kata Racha Abdel Reda.

“Ayah saya pernah menghadiahkan gitar kepada saya semasa kecil. Dia meninggal dunia dan jika ini berlaku kepada saya, sangat-sangat menyedihkan. Dan peristiwa ini pula terjadi kepada kamu,” kata Tricia Theis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI