fbpx

Kecoh pengantin lelaki tendang pengantin perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki menendang pasangannya sehingga jatuh ke lantai di hadapan tetamu. - KhaoSod

BEIJING – Sebuah majlis perkahwinan di wilayah Jiujiang, China menjadi huru-hara apabila pengantin lelaki menendang pengantin perempuan sehingga jatuh ke lantai selepas mengetahui wanita itu hamil.

Laman berita Thaiger melaporkan, pengantin lelaki dikatakan terkejut dengan berita kehamilan tersebut kerana mereka berkenalan hanya sebulan sebelum berkahwin.

Pengantin lelaki pada awalnya menerima mesej daripada bekas teman lelaki pengantin perempuan semasa majlis berlangsung. Mesej itu mendedahkan bahawa pengantin perempuan sebenarnya hamil. 

Pengantin lelaki kemudiannya berhadapan dengan pengantin perempuan di hadapan tetamu. Dia ingin menuntut penjelasan tentang bapa kandung bayi itu kerana mereka baru sahaja berkenalan.

Selepas mengaku tidak bersalah, pengantin perempuan cuba menceritakan perkara sebenar namun tidak diberi peluang. Dia berusaha meyakinkan bahawa bayi itu bukan anak bekas teman lelakinya.

Ketegangan semakin memuncak apabila pengantin lelaki menendang pasangannya sehingga jatuh ke lantai. Dia kemudian membatalkan perkahwinan kerana enggan membesarkan anak lelaki lain.

Situasi semakin tegang akibat pembatalan perkahwinan itu. Keluarga pengantin lelaki menuntut bayaran balik mas kahwin daripada pengantin perempuan kerana tidak dapat menerima wanita itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI